Senarai Pengiktirafan Kelayakan University Antarabangsa

Salam to all! Baru2 ni ramai orang tanya, macam mana nak semak status pengiktirafan sesebuah university di luar negara, especially Turkey. Tak kurang jugak yang nak tahu kot2 ada course2 baru yang ditambah ke list asal seperti yang saya share di blog lama saya sebelum ni. Maklumlah, ramai yang teringin nak belajar di bumi Turki, tapi seperti yang saya beritahu sebelum ini, x semua course yang ditawarkan di negara ini di iktiraf oleh kerajaan kita.

Berdasarkan pengamatan saya, x kurang juga dengan yang nak sambung belajar dalam bidang agama. Sesetengah tu pulak rasa negara Arab dah x cool so Turkey nampak lebih cool untuk di war-war kan kepada sanak saudara handai di waktu raya nanti. Boleh la buat modal kembang hidung di kenduri kahwin atau waktu open house hari raya nanti. Di sini saya nak jelaskan, walaupun bumi Turki pernah agung dengan kerajaan Uthmaniyyah satu masa dahulu, ianya kekal sejarah semata2. Kalau nak kata pasal agama, orang Malaysia jauh lebih Islamic berbanding orang Turki sendiri dalam lebih kurang 2-3 kali ganda. Jadi kepada yang betul2 nak belajar pasal agama tu, saya cadangkan sila pergi ke negara2 seperti Jordan, Madinah, Mesir dan sebagainya, tapi bukan Turki! Orang Turki cakap Arab pun x reti! Jangan kata cakap Arab, yang pandai baca Quran pun berapa kerat je yang ada :(. Jadi memang sangat2 tidak relevant. Tarikat yang merepek2 banyak lah!

Tapi, apa yang lebih penting saya ingin tekankan di sini, takkan nak gadaikan masa depan semata2 nak nampak cool dan ikut trend orang belajar kat luar negeri kan? Saya sure adik2 dan mak bapak sekalian berfikiran jauh lebih matang dari itu. Ye la, xkan nak berhabis duit beribu riban hantar anak ke Turki dan habis masa 4-5 tahun belajar lepas tu balik Malaysia degree x laku ye x?

Oleh itu di sini saya nak share link yang akan menunjukkan semua list2 university yang diiktiraf di Turki berserta dengan kursus yang diiktiraf sahaja. Kepada yang berminat, boleh layari link terbabit, tapi saya harap saya x lagi dihujani pertanyaan2 seperti “kalau course ‘x’, iktiraf x?” Kalau selepas melayari link terbabit, dan adik2 masih lagi ada rasa untuk bertanyakan soalan seperti di atas atau yang sewaktu dengannya, maka akak boleh beritahu adik, duduk je di Malaysia belajar, x yah susah2 habis duit mak bapak pergi belajar di luar negara, sebab salah satu cabaran utama belajar di luar negara ni adalah kena pandai berdikari.

 

Sistem Pengiktirafan Kelayakan

 

Advertisements

2 thoughts on “Senarai Pengiktirafan Kelayakan University Antarabangsa

  1. Salam kak, saya ada beberapa soalan nak tanya:

    1) Berapa ya estimated tuition fees untuk undergrad programme? Sy tengah merancang kewangan incase tak dpt turkey scholarship. Sy dah selidik beberapa uni antaranya Istanbul Tech dan Karadeniz. Tapi these unis tak provide info on tuition fees.

    2) Apa kesannya jika program yg tidak diiktiraf oleh kementerian? Adakah ianya akan terkesan utk permohonan kerja di perkhidmatan swasta?

    Liked by 1 person

    • Wassalam Amir,

      Maaf sebab lambat balas.

      1) susah akak nak cakap berapa estimated tuition fees untuk undergrad. Ini kerana, price yang berbeza2 mengikut courses dan university. Tapi berdasarkan apa yang akk tahu, ada yang membayar serendah 50-100TL untuk satu subject dan ada juga yang bayar sampai 1000TL untuk satu subject. Semuanya bergantung pada course dan uni. For example: Classmate akk bayar 1000TL per subject untuk course akk, nasib baik akk dapat scholar, kalau x naya nak bayar tu. Total semua 15 subject. Akak study in Master of Information Technology. Kawan akak pulak yang belajar degree in biochem bayar lebih kurang 200TL per subject. Kami berdua merupakan student di Istanbul Technical University.

      2) Kesan kalau program x diiktiraf kementerian. Susah dapat kerja. Sebab nanti kalau employer tgk CV, dia tgk nama uni yang dia x kenal, agak2 effect x. Cuba bayangkan kalau Amir interviewer, ada dua org dtg interview, seorang ni grad uni Monash, Australia (x kira la walaupun grad faculty kat sana or not, but Monash) and sorang ni grad uni Erzurum, Turkey. Naturally, memang confirm la yang grad Monash tu dpt extra mark kan kat situ. Tp apa2 pun issue ni x seteruk mana in private sector, but kalau nak mintak kerja kerajaan memang susah la sikit. Nanti jadi macam sijil x laku, sama sahaja kalau Amir beli sijil kat internet. Yang lebih penting sekiranya course yang Amir pilih tu merupakan course professional macam Medic, maka memang sangat2 penting untuk pilih tempat yang diiktiraf kerajaan or you will have tons of trouble in Malaysia nanti.

      Hope this helps! Take care and have a nice day!

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s