Perangai Pelik Orang Kita Bila Ke Luar Negara… (Malay)

Ok, aku x sure bangsa lain macam ni atau x, tapi sebab aku Melayu, aku nak cerita pasal bangsa aku sendiri yang mana setengahnya ni berlagak x kena tempat…

 

Dari pengalaman aku sendiri, dah ada berapa ekor dah kenalan or total strangers yang aku encountered sendiri buat perangai ni, old friend, neighbours, office colleague, total strangers you name it.

Type 1 – Tak Suka Terserempak Sesama Melayu
Korang pernah jumpa x jenis ni? From my own experience, jenis ni yang paling banyak aku jumpa. Jenis yang bila nampak sama2 melayu, dia cepat2 pandang ke lain buat2 x nampak, and mak pun dengan gembiranya nampak melayu, terus tegur dan bagi salam. Dah bagi salam, jawab salam pulak alahai… Nampak sangat senyum dibuat2 dan terus pandang ke lain agaknya dalam hati tu sebut; ‘Ala… Jumpa orang melayu la pulak!’ Selalunya yang perempuan perangai macam ni, yang pasangan diorang pun agaknya segan sebab xnak nampak biadap, teruskan la jugak conversation yang hidup segan mati x mahu… Phrase yang paling best saya pernah dapat;

‘Dah berapa lama duduk sini? Oh 2 tahun ke? Takde la lama sangat!’…

Hmm excuse me? Berapa lama dah ko duduk sini? *smh*

Jack Sparrow WTF

Type 2 – Denial: Buat2 Tak Tahu / Tak Kenal Member Sendiri Yang Duduk Di Luar Negara
Bagi aku la, jenis ni la paling x semenggah sekali. Apa masalah diorang ni agaknya ya? Datang berjalan ke luar negeri, ada member atau kenalan lama yang memang dah menetap di sana bertahun2, apa salahnya kalau xnak jumpa pun at least give them a heads up? It doesn’t hurt right? Ok, aku paham kalau member tu berlagak, but yang aku selalu kena adalah;

 

Kronoloji:
  • Kenalan datang Istanbul
    Aku dapat tahu melalui FB post gambar Istanbul and komen2 yg berjela2 tentang gambar terbabit
  • Aku komen dengan baiknya dan gembiranya tengok member lama datang Istanbul dengan harapan maybe we can catch a chat or two (ye la baik hati sangat kan, nak bawak jalan2 around Istanbul for free, walhal aku ambik upah kot untuk orang yang aku x kenal sebenarnya!)
  • Member abaikan komen aku dan terus menerus reply komen2 lain, Mungkin sebenarnya dia x suka saya?

Case 1: Tapi, masa aku datang wedding dia happy je dengan gembiranya sambut aku dan bergambar?
Case 2: Tapi, dia reply je komen2 aku dekat gambar2 lain dengan baik, xde pulak rasa dia sebenarnya menyampah dengan aku?
Case 3: Tapi, masa kat ofis dulu boleh je kita lepak makan lunch sama2 dan bila aku balik Malaysia hari tu boleh je dia siap ikut hang out mengopi sama2?

  • Dapat tahu dia balik ke Malaysia balik oleh post check in kat airport dengan status ilahi, i.e: ‘Alhamdulillah dah selamat sampai ke tanah air sendiri!’

Baiklah~

rolling eye.gif

Type 3 – Aku ke Kau Yang Duduk Di Istanbul?
Hahaha type ni memang kelakar, ok aku setuju maybe sebab dia banyak google dan baca dari blog2 travelers lain jadi dia banyak dig info pasal Istanbul or Turkey before dia datang. But bila kadang2 aku betulkan info2 yang dia dapat tu dan propose dengan something yang lebih membina or actually worth it, mereka abaikan.

Yang x boleh tahannya, kadang2 info about culture atau apa2 bende lain yang dia baca tu x betul pun, tapi beria2 pulak dia berdebat. Pendek kata jenis ni jenis bodoh sombong.

Aku tinggal ko kat celah2 area Umraniye tu kang baru ko tahu! Balik sendiri!

annoyed.jpg
Type 4 – Nak Makan Makanan Melayu 24/7
Ni pun satu hal jugak ni, dah nama pun traveling kan, kalau setakat travel jauh2 setakat nak ambik selfie, xnak cuba langsung makanan local, baik duduk Malaysia senyap2… Sanggup bawak Maggie dari Malaysia banyak2 makan Maggie seminggu sebab x leh masuk makanan Turki…

Let me tell you one thing, makanan Turki ni macam makan Arab jugak, they share the same palette… Kalau dekat Malaysia tu korang excited sangat makan makanan Arab, apsal pulak x leh makan makanan Turki? Come on la, Izgara (grill) kat Turkey ni macam BBQ kot, kat rumah korang boleh plak korang ber BBQ?

Di sini la secebis bab type 3 aku nak masukkan sekali, katakan la ko x leh masuk jugak makanan Turki no matter what, dengar la nasihat aku bagi tau kedai2 lain di Istanbul, makanan Uyghur ke, Cina ke, India ke, Nasi mandi ke… Ni x nak dengar jugak… Kedai mamak or nasi arab kat Malaysia ko boleh pergi pulak? Ok bersangka baik, maybe dia x cukup duit, I can understand that. But seriously, ada je yang jenis terlebih mampu pun masih buat perangai ni!

but why
Type 5 – Penyakit Was Was
Ok type ni pulak ok sikit dari type 4, tapi still dia bawak jugak ke’Melayu’an dia ke Turki. Bila nak pergi makan, dia akan tanya, ‘halal x?’ Dude, Turkey ada population of 70 Million people, dan 98% adalah Muslim. Sini memang rata2 food halal. Pendek kata, nak cari makanan halal di Turki adalah lagi senang dari nak cari makanan halal di Malaysia!

‘Tapi kedai ni jual arak?’ is another form of question yang selalu saya dapat. One thing korang kena ingat. Orang Turki walaupun Islam, diorang memang minum arak macam minum Cola. FULL STOP. X kira la dia Islam ke x, diorang memang minum arak. Ada yang x minum, tapi banyak lagi yang minum! So kalau jumpa kedai makanan jual arak, sila jangan over takut sangat, diorang minum arak, tapi diorang x campur dalam makanan macam western food or chinese food.

‘Tapi gelas dia guna tu gelas bekas arak!’ Ok, jenis ni sila jangan travel, duduk je Malaysia diam2… Gelas arak, selalunya gelas lain, dia x pakai gelas yang sama dengan gelas Cola, or gelas air kosong. Tapi kalau ada pun yang jenis pakai gelas sama dengan Red Wine tu, slalunya tempat high class, tapi yang minded macam ni selalunya xde la pun sampai nak ke kedai2 macam tu.

By the way, gelas yang bekas arak tu, kalau ko basuh dengan detergen and bilas pun dah cukup dah… ‘Eh, kalau dia basuh x bersih?’ Again, sila duduk Malaysia diam2, jangan travel.

I regret nothing.jpg
Type 6 – Cheapskate
Yang ni pun kronik. Suka bargain… Jangan ko bawak penyakit Chow Kit tu ke sini… Agak2 la nak bargain pun, kalau sampai masuk dalam kedai ada brand pun ko nak bargain… Memang aku pun malu beb! Makan midye dolma tepi jalan pun nak bargain, beli simit nak bargain, aku bawak ko shopping kat Tahtakale ko bargain beria2 dengan penjual kat situ, serious aku yang paham bahasa Turki ni malu bila dia maki ko bersepai, rasa nak lari jauh2! Belum lagi bile penjual tu jeling aku semacam sebab bawak pembeli macam ni…

Note:

  • Midye Dolma: Kupang inti nasi harga dalam 0.50TL untuk size kecik and 0.75TL untuk yang besar
  • Simit: Roti bagel sesame, harga sekeping 1TL
  • Tahtakale is one of the cheapest area in Istanbul, wholesale area for locals

picard face palm.gif

Type 7 – Terlebih Ramah
Yang ni aku dah x reti nak nasihat macam mana. Kalau di area Sultanahmet tu please do not speak to strangers. Jangan layan pun, kalau dia tegur apa pun buat bodoh je. Why? Sebab kat situ sangat ramai conmen. Dia akan pancing korang dengan macam2 taktik, contoh;

‘I have been to Malaysia!’
‘Dari Malaysia? Nenek saya duduk kat Malaysia!’
‘Kawan saya kawin dengan orang Malaysia!’
‘I love Malaysians, saya nak kawin dengan orang Malaysia!’

Just walk away, don’t say a word, never response. Diorang ni akan guna macam2 taktik untuk get you engage in conversation dan nanti ko mudah terjebak. So please. Dah ramai yang kena, so don’t add yourself to the statistic.

One Does Not Simply Talk to Strangers.jpg

Tapi dalam banyak2 type ni, yang paling aku x boleh bla adalah type 2. It really gets on my nerve. X payah la sombong and berlagak sangat, dunia ni Allah punya. Bukan ko sorang je travel, berlambak lagi manusia lain travel. X payah la nak rasa macam kami yang duduk di sini ni will ruin your holiday mood.

Contoh macam aku, jangan kata member, orang yang x jadi amik tour package, yang aku x pernah kenal pun aku boleh bawak belanja lepak kat Mado makan Kunefe siap… Bukan nya kalau ko datang jumpa aku, aku nak mengemis dari ko pun… Alasan seperti ‘sorry la Wanie, aku busy kat sana, x sempat nak jumpa’ memang x bley terima langsung. Sebab ko datang bercuti, aku kerja kot, boleh cari waktu luangkan masa untuk jumpa kawan lama, apa kejadah ko yang bercuti tu lagi busy dari aku? Ntah ke aku kena bawak client malam ke? Kalau betul busy pun, balas komen aku kat gambar ko or mesej aku explain ringkas pun aku paham, save me ur lame excuses please.

Kudos to those yang datang sini and walaupun x pernah kenal aku selama ni tapi sanggup find a time to meet with me under recommendation of your friends or acquiantances. You guys rock!

What about you? Apa jenis perangai orang Melayu yang x semenggah yang korang pernah jumpa waktu travel?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s