Saya Bangga Rakyat Malaysia Dikenali Ramai Di Istanbul~

Rakyat Malaysia Memang Peramah Tahap Cipan Terbang! Diperakui Oleh Sirim!

Merhaba!

          Kali ni saya nak berkongsi suatu cerita yang dapat dijadikan sebagai peringatan kepada anda yang mungkin akan datang ke Istanbul, Turkey untuk makan angin ataupun atas urusan business. Minggu lepas, saya bertandang ke rumah salah seorang saudara Melayu yang tinggal di Istanbul, kalau nak tau, akak ni memang rapat dengan student-student melayu di Istanbul ni, dan dia jugalah yang saya anggap macam keluarga saya sendiri di sini, tempat mengadu. Masa makan malam tu, terkeluarlah cerita tentang beberapa rakyat Malaysia yang telah ditipu di Istanbul. 
          Perlu saya ingatkan, jikalau anda datang ke Istanbul, tidak kiralah atas tujuan apa, masa berjalan-jalan di area Sultan Ahmet tu especially, tolong la jangan hiraukan sesiapa yang datang bercakap dengan anda, tak kiralah mamat kulit putih ke, kelabu ke, coklat ke, hijau ke, cakap bahasa Turkey ke, English ke, Tamil ke, Melayu ke walaupun bahasa Jawa sekalipun, tolong jangan cepat ramah dan bersembang dengan diorang! 
          Tak payah la nak cerita datang Istanbul dengan siapa, duduk mana, kenapa, lama mana, even if kalau dia kata dia dah tengok cerita Istanbul Aku Datang ke Hantu Kak Limah ke, so on and so forth. Saya sebenarnya bangga dengan sikap orang kita, peramah. Tapi sila beringat, di sini, orang Malaysia senang sekali ditipu akibat sikap kita yang terlalu peramah. Kalau tanya orang Turkey (especially yang duk berjual kat Grand Bazaar tu…), kenapa suka orang Malaysia? Jawapan common yang akan diberi adalah:
         

 

1) Peramah tak hengat!

 

2) Suka berbelanja (sopink sangat~!)
3) Mudah ditipu (sigh~)

 

 

 

 

          Now back to the story… Saudara Awang (nama sebenar dirahsiakan) ni datang ke Istanbul atas urusan business. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ni, Awang sedang jalan-jalan dekat area Sultan Ahmet dan dia disapa oleh seorang mamat Turkey. As usually being a Malaysian, Awang pun layan la mamat ni bersembang. Tak tau macam mana, akhirnya Awang pun terbagi tahu tujuannya datang ke Istanbul. 
          Mamat ni pulak, dengan tanpa segan silu gitu bagi tau Awang yang eh, dia pun sebenarnya berkerja di bidang yang sama dengan Awang and dia boleh bawak Awang either berjumpa dengan orang-orang yang berkenaan ataupun bawak awak ke lokasi business tu (maafla awok x ingat detail sangat cerita pun dari mulut ke mulut~ *tangan goyang-goyang ala Usin cerita hantu Kak Limah*). Awang pun bersetuju untuk mengikut mamat ni pergi ke tempat yang di syorkan. Akhirnya Awang dibawa ke Taksim di Beyoğlu dan katanya, bangunan tu dari luar kelihatan macam cafe, tapi bile masuk ke dalam, rupanya sebuah pub. 
 
          Awang pun dipersilakan duduk. Awang decide dia nak minum setin Coca-Cola, dan mamat ni pulak minum sebotol Whiskey (Ya, memang ada orang Turkey ni yang minum sebotol pun tak mabuk! Dan jangan terkejut, bagi orang Turkey ni, minum arak tu biasa, tak seperti orang Islam di Malaysia, di sini, diorang minum dan beli arak secara terbuka). Habis minum, Awang ni nak balik. Dan bil pun dibawa… Tadaa!!! Bil dia 1800TL which is around RM3200+. 
          Nak dijadikan cerita, mamat ni kata kepada Awang, dia ada cume 1000TL, jadi dia suruh Awang bayar balance 800TL tu. Awang pun terasa pelik “Engkau yang minum Whiskey asal plak aku yang nak kene bayar 800TL?” Kesian jugak dekat Awang, ye la mana tak nya, setin Coke baru berapa kan? kalau 800 TL tu boleh beli 533 tin Coke siap boleh jamu satu lorong rumah saya ni ha, silap-silap ada balance lagi~! So Awang rasa ditipu, Awang tak sanggup nak bayar, jadi mulalah mamat Turkey ni menjerit-jerit marahkan si Awang dan Awang dipaksa untuk keluarkan credit card untuk menjelaskan hutang. Alasannya, nanti tak boleh balik, sebab tak bayar. 
 
          Akibat tidak mahu berkonfrontasi selepas dijerit-jerit,  Awang pun keluarkanla credit card kepunyaan company, dan apalagi, diorang pun swap sekali kad, then bagitau Awang, tak dapat, so in the end, diorang swap 3 kali kad tu atas alasan transactions were not successfull. And yes, still they insist that yang diorang still tak dapat gunakan kad Awang untuk bayar 800TL tu. Awang pun keluarkan la duit 500TL cash dan bagi kepada diorang. So, Awang pun dah rasa tak sedap hati, dia bangun untuk terus keluar macam tu saja, masa dia nak keluar tu ada bouncer memang ikut belakang dia, tak puas hati sebab Awang tak bagi cukup cash untuk bayar 800TL ni. Awang dah cuak, berpaling dan berkata, “itu je yang saya ada, dah tak ada lagi cash dengan saya, kalau still awak tak puas hati lagi, panggil la polis, bawak saya ke balai polis, memang saya dah tak ada duit lagi untuk bayar awak, saya redha je.” Dengar saja perkataan polis tu, diorang pun back off dan Awang pun keluar dengan selamatnya dari pub tersebut. 
          Nasib Awang baik, dia ada beli kad Akbil untuk transporation (ala, macam kad Touch ‘N’ Go tu?) So at least Awang boleh la balik ke hotel dan memang Awang terus nak balik Malaysia esok tu. Awang call bank untuk tanya pasal credit card + Awang nak suruh bank cancel transaction. Tapi malang dah terlambat. Nak tau berapa duit dalam bank dah hilang? RM60,000.Lesap, disappear into thin air! So Awang ni contact la kenalan Malaysian di Istanbul, diorang bawak pergi report polis, dan the day just before Awang fly, pihak polis telefon dan beritahu yang diorang dah tangkap si penyangak tu.
          Honestly, saya tak boleh nak judge dan kata apa yang Awang buat tu 100% salah, cuba kita letakkan diri kita kat tempat Awang, di tempat orang, kene jerkah dengan orang Turkey plak, seyes la cuak! Serious scary kalau gaduh dengan orang Turkey, saya dengar pompuan dia naik angin pun dah cuak, kalau lelaki dia lagi la weh~ Tiba-tiba teringat saya pergi dekat taman bunga dan ada lelaki marah-marah sambil cabut tali pinggang (tali pinggang??? Teringat plak time saya nak kene pukul dengan bapak saya masa kecik-kecik sebab bergaduh dalam kereta!) + pegang di tangan sebab ada lelaki lain tenung awek dia, siap suruh polis yang jaga park tu suruh pergi tangkap lagi mamat yang tenung awek dia tu. 
          Cuma mungkin silap Awang di sini, melayan mamat tu bercakap in the first place. So itu yang saya nak nasihatkan kepada semua. Please bear in mind. Saya kalau jalan-jalan di area Sultan Ahmet tu ambik gambar bunga, fountain sorang-sorang, selalu sangat saya nampak lelaki Turk yang tegur tourist, speaks English, tanya dari mana, abang dia la, cousin dia la ,nenek dia la duduk dekat negara orang tu. Semua ni cume starting of the trick untuk make that person feels comfortable and then diorang ajak pergi minum, then senang la nak tipu sikit. Ye la, dia bawak ke mana, pub mana, orang dia dah tunggu kat corner mana-mana, how could you know right? 
          So please, don’t trust anyone here. Nak datang berjalan, datang. Time jalan-jalan kat Istanbul ni, kalau orang tanya dari mana ke wat friendly ke, just ignore and walk away. Time bargaining kat Grand Bazaar tu lain la, but still, please refrain yourself from telling them unnecessary things ok? Hopefully my entry this time boleh dijadikan pengajaran buat semua, dan buat Awang, saya memang amat bersimpati atas nasib dia, dan saya mintak maaf kalau ada tersilap fakta dalam cerita saya ni. Ampun~!!! Tak berniat nak malukan sesiapa, cuma sekadar berkongsi untuk kepentingan bersama… Till next time then 😉 Bye!
Advertisements

7 thoughts on “Saya Bangga Rakyat Malaysia Dikenali Ramai Di Istanbul~

  1. Thanks for sharing. Saya dan isteri akan singgah di Istanbul pertengahan bulan Nov utk ke Kuwait. Difahamkan di sana masalah pertuturan.Ada ke pelajar malaysia yg boleh bantu untuk guide. tk.

    Like

  2. thx for sharing..we all satu family akan ke istanbul 4 dec ini…boleh suggest any malaysian student yang sanggup jadi our tourist guide.we will pay whaever cost.atau pun utk menyewa van

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s