Macam-Macam Ada…

Apekah???

Ciaossu!!!

          Hari ni saya nak share cerita kelakar yang saya alami masa saya balik dari kelas beberapa hari lepas. Perjalanan saya ke kelas hari-hari boleh dikatakan agak menarik. Mana tak nya, hari-hari saya kena naik tramvay (LRT kalau kat M’sia) yang melalui few of the most famous tourism spot in Istanbul. Contohnya Kapalı Çarşı atau nama famousnya Grand Bazaar di Beyazıt, Sultan Ahmet Blue Mosque dan Gülhane Park. Sampai di Eminönü saya akan naik vapur (seabus atau passanger sea boat 2 tingkat) merentasi Boğaziçi (Bosphorus Strait; Selat Bosphorus) İnşallah saya akan cerita sedikit sebanyak tentang Selat Bosphorus ni di masa akan datang. Boat trip selama 20 minit dan akhirnya saya akan sampai di Kadiköy di Asian side of Istabul (kelakar bila saya fikir2 yang saya hari2 travel between Asia dan Eropah! 2X sehari pulak tu!!!) Jadi, selama saya tinggal di Istanbul ni banyak jugak perangai pelik2 yang saya nampak on the way to class!

          Anyway, hari itu on the way pulang ke rumah, saya naik tramvay seperti biasa dan seperti biasa tempat duduk semua dah penuh (saya dapat tempat duduk waktu tu) dan masuk seorang makcik ni dalam umur lebih kurang pertengahan 40-50an. Makcik ni pula, sebelah tangan heret beg pasar (kat sini orang bawak beg beroda pergi pasar). Tiba2 dia bercakap dengan lelaki mungkin pertengahan 30-40an yang duduk di sebelah saya. Makcik  tu dengan suara kasar berkata “Sen geçer!” (cara dia cakap tu membawa maksud “Kau, blah!”) dan mamat tu dengan terkejutnya bangun berdiri sebab cara makcik tu cakap macam ada emergency! Apabila mamat ni bangun berdiri, makcik ni pun dengan selambanya duduk kat tempat mamat ni. 

          Saya hampir ketawa tetapi apabila saya lihat muka mamat tu terpinga2 rasa kesian lah pulak. Apa2pun saya tetap rasa makcik tu tak patut! Bak kata makcik seperti dalam dialog filem ‘Pendekar Bujang Lapuk’: “Hei!!! Apa curi-curi ni??? Kalau nak mintak la, kita boleh kasi!” Tak gitu?

 My mode back then was:
“Fu-fu-fu”
Advertisements

2 thoughts on “Macam-Macam Ada…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s