Officially a ‘Rakugoka’

Dan tugasku sebagai ‘Rakugoka’ pun bermula…
Ciaossu!!!
Pada awal bulan Oktober 2011, setelah berbulan-bulan menanti dengan penuh debaran dan doa yang tidak putus-putus, akhirnya keputusan yang dinanti-nanti diumum jua. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah seorang pelajar yang ditawarkan biasiswa atau dalam bahasa orang putih ‘scholarship’ oleh kerajaan Turkey untuk menyambungkan pelajaran di negara terbabit. Mau terjojol kedua-dua biji mata saya melihat announcement yang dipaparkan di website kedutaan Turkey. Manakan tidak, berbulan-bulan saya berusaha untuk mendapatkan scholarship bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ‘Master’. Semua gara-gara tidak berpuas hati dengan gaji yang rendah dan lambakan kerja-kerja di syarikat ABC (nama sebenar dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu!)
 Saya boleh dikategorikan sebagai seorang perempuan yang agak bercita-cita tinggi, oleh itu apabila melihat ada di antara rakan-rakan seuniversiti sewaktu di peringkat ijazah telah selamat menerima scroll peringkat Master, mulalah saya tidak senang duduk. Terikat dengan scholarship yang ditawarkan oleh syarikat ABC sewaktu saya belajar, saya terpaksa berkhidmat untuk syarikat terbabit selama 5 tahun! Akibatnya, saya menjadi mati kutu di syarikat terbabit, dengan stress kerja yang kurang diminati, perangai merepek segelintir rakan setugas dan macam-macam lagi lah! To cut story short, pada penghujung bulan Oktober saya selamat berada di bumi Turkey memulakan hidup baru seperti yang diidam-idamkan saya selama berbulan-bulan yang lepas… Seorang pelajar! ❤
Advertisements

8 thoughts on “Officially a ‘Rakugoka’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s